
BINTANGOR: Seekor ular bersembunyi di bawah sofa salah sebuah rumah di Jalan Abang Amin berjaya ditangkap oleh pihak bomba pada petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 5.33 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mijan Pamin bergegas ke lokasi.
“Sampai di lokasi, pasukan bomba mengesan dan menjalankan operasi menangkap ular,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular dalam tempoh lebih kurang enam minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 5.49 petang.
“Ular dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari penempatan awam,” katanya.
Oleh Earl Anek