Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan akses, Dataran Kejat Rumah Waine Jaya siap sepenuhnya
  • Selatan
  • WILAYAH

Projek jalan akses, Dataran Kejat Rumah Waine Jaya siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan projek siap pembinaan jalan akses dan Dataran Kejat di Rumah Waine Jaya, Tawang Ili dekat sini semalam. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Projek pembinaan jalan akses dan Dataran Kejat di Rumah Waine Jaya, Tawang Ili telah siap sepenuhnya mendahului jadual dengan kos RM250,000 peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan melalui kaedah cabutan undi.

Agensi pelaksana bagi projek berkenaan ialah Majlis Daerah Sri Aman. Projek berkenaan telah memberi manfaat kepada penduduk rumah panjang yang memerlukan ruang terbuka depan rumah panjang dan jalan akses mengelilingi rumah mengelakan kesesakan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menyatakan peruntukan projek tersebut adalah merupakan dana daripada kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disalur melalui wakil rakyatnya. 

“Projek yang disalurkan ini adalah untuk keselesaan penduduk yang merupakan peningkatan taraf hidup penduduk hasil daripada kestabilan politik dan pengurusan pembangunan untuk kawasan pedalaman,” katanya.

Sementara itu, Tuai Rumah Waine Jaya mengucapkan terima kasih diatas bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu kerana telah meluluskan peruntukan membiaya kos projek RTP yang memberi maanfat berfaedah kepada penduduk yang sedang membina rumah panjang baharu.

Pada majlis tersebut Harden telah meluluskan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tawang Ili berjumlah RM5,000 manakala RM3,000 untuk Biro Wanita Rumah Tawang Ili.

Turut hadir Datin Simba Nalang, Penghulu Jiram Sampek, Kaunselor Dilang Jungai, Kaunselor Shirley Mayang Ayai dan Kaunselor Magdalene Melayu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM204,000 laksana ibadah korban DUN Kabong tahun ini
Next: Bomba selamatkan anak kucing terperangkap dalam bonet kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.