Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM204,000 laksana ibadah korban DUN Kabong tahun ini
  • WILAYAH

RM204,000 laksana ibadah korban DUN Kabong tahun ini

Utusan Sarawak 14 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hadir pada pelaksanaan ibadah korban di tiga buah masjid sekitar DUN Kabong hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM204,000 keseluruhan telah disumbangkan kepada enam buah masjid dan dua pertubuhan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi tujuan melaksanakan ibadah korban pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata peruntukan yang disumbangkan kepada enam buah masjid dan dua pertubuhan itu adalah bertujuan untuk membeli lembu sempena sambutan Aidiladha melalui aktiviti ibadah korban di kawasan mereka masing-masing.

Katanya, enam masjid tersebut iaitu Masjid Assabirin Kabong, Masjid Tok Amal Kampung Nyabor, Masjid Lebai Mat Kampung Empelam, Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, Masjid Ar Rahim Kampung Gerigat dan Masjid Assasul Islam Kampung Alit.

ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hadir pada pelaksanaan ibadah korban di tiga buah masjid sekitar DUN Kabong hari ini. Foto ADUN Kabong

Manakala dua lagi masing-masingnya kepada Persatuan Anak Kabong (PAK) dan Persatuan Pesara Kabong (PEKA).

“Pada tahun ini, kita menyalurkan peruntukan kepada setiap masjid-masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong dan terpulang kepada jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan untuk menguruskannya.

“Tidak seperti tahun-tahun sebelum, kita sendiri membeli lembu dan diagihkan kepada masjid-masjid serta surau di seluruh daerah ini,” katanya semasa hadir pada pelaksanaan ibadah korban iaitu di Masjid Ar-Rahman Kampung Sessang, Masjid Lebai Mat Kampung Emplam dan Masjid Ar-Rahim, Kampung Gerigat, hari ini.

Chee Kadir berkata sumbangan berkenaan merupakan aktiviti tahunan daripada pihaknya yang diagihkan kepada penerima sasaran mereka.

Beliau memberitahu ia adalah merupakan kewajipan beliau untuk memberi sumbangan lembu korban bagi memeriahkan suasana sambutan Aidiladha di kawasan DUN Kabong selama ini.

“Justeru saya sebagai wakil rakyat di sini berharap agar semua penduduk beragama Islam dari enam buah kawasan terbabit termasuk PAK dan PEKA dapat memanfaatkan sepenuhnya daging lembu korban yang diagihkan kepada mereka nanti,” ujarnya.

Tambah Chee Kadir, pengagihan ini nanti akan membolehkan lebih ramai penduduk berpeluang merasai daging korban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 41 ekor lembu korban semarak Aidiladha di DUN Demak Laut
Next: Projek jalan akses, Dataran Kejat Rumah Waine Jaya siap sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.