Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Batu Danau sumbang tujuh ekor kerbau sempena Aidiladha
  • Utara
  • WILAYAH

ADUN Batu Danau sumbang tujuh ekor kerbau sempena Aidiladha

Utusan Sarawak 19 hours ago
AGIHAN SUMBANGAN… Paulus (tiga kiri) menyerahkan daging korban kepada penduduk Kampung Belading.
 

LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Dato Paulus Palu Gumbang telah menyumbangkan tujuh ekor kerbau kepada masjid dan surau di kawasan Batu Danau sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Ini merupakan sumbangan tradisi beliau setiap tahun bersempena sambutan ibadah korban untuk kawasan dan kampung Muslim dalam kawasan DUN Batu Danau sejak sembilan tahun lalu.

“Bagi kawasan Batu Danau, pusat khidmat kami telah menyumbangkan tujuh ekor kerbau tahun ini kepada surau-surau di kawasan kecil N80 Batu Danau,” katanya semasa Majlis Ibadah Korban di Kampung Belading semalam.

Mengulas mengenai majlis korban tersebut, beliau berkata rakyat seharusnya bersyukur kerana negara masih berada dalam keadaan aman dan tenteram, membolehkan mereka menyambut Aidiladha tanpa rasa takut atau bimbang dari segi aspek keselamatan.

Beliau berkata suasana di Malaysia sangat berbeza berbanding negara-negara luar yang bergolak dan menghadapi peperangan akibat situasi politik yang tidak stabil di negara masing-masing.

“Saya mahu rakyat negeri ini mengekalkan keamanan dan perpaduan kita serta terus menyokong kerajaan agar negeri kita menjadi lebih stabil pada masa hadapan,” katanya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Muafakat, semangat kekitaan terserlah menerusi Ibadah Korban di Kampung Penakub Permai
Next: 33 lembu korban sumbangan Datuk Len di Kuala Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.