
MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine telah menyumbang lima ekor lembu korban sempena sambutan Aidiladha sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa aktiviti keagamaan dan kebajikan masyarakat setempat.
Sumbangan itu diserahkan kepada tiga institusi utama di Mukah, iaitu Masjid Setia Raja Mukah, Masjid Jamek Mukah dan Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah.
Program penyembelihan dan pengagihan daging korban tersebut diadakan di Kala Dana dan dikendalikan sepenuhnya oleh Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah, semalam.
Keutamaan agihan diberikan kepada penduduk Islam setempat khususnya golongan mualaf dan asnaf di kawasan berkenaan.
Turut hadir ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi, Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip, Kaunselor Ardyman Henry@Matan serta Ahli Jawatankuasa Masjid Setia Raja Mukah. -UKAS