Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jom Fit Jom Sihat bermula 5 Julai depan, hadiah wang tunai menanti peserta
  • SUKAN

Jom Fit Jom Sihat bermula 5 Julai depan, hadiah wang tunai menanti peserta

Utusan Sarawak 18 hours ago
INFOGRAFIK….Infografik Cabaran Jom Fit Jom Sihat Julau 2025.

PAKAN: Cabaran Jom Fit Jom Sihat Julau 2025 akan diadakan pada 5 Julai hingga 4 Oktober depan. 

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Julau dengan kerjasama Pejabat Penerangan Malaysia (JAPEN) Pakan dan Julau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Dijangka hadir untuk merasmikan pertandingan Ahli Parlimen Julau yang juga Pengerusi Majlis Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Larry Sng Wei Shien.

Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000, tempat kedua RM2,000 dan tempat ketiga RM1,000. 

Untuk menyertai pertandingan, peserta mestilah pengundi Parlimen Julau atau bekerja di Julau.

Sementara itu, bagi penduduk luar Julau yang bekerja di Julau, penyertaan hendaklah disertakan dengan surat pengesahan ketua jabatan masing-masing.

Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai berat 55 kilogram atau lebih.

Peserta juga perlu mempunyai badan yang sihat atau tiada penyakit kronik yang membimbangkan, manakala wanita mengandung tidak dibenar turut serta.

Yuran penyertaan adalah RM30 setiap peserta dan timbangan pertama akan diadakan pada 5 Julai 2025 dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Klinik Kesihatan Pakan dan Klinik Kesihatan Julau.

Borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat Parlimen di Julau dan Pakan.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 4 Oktober depan dan akan disertakan dengan taklimat kesihatan daripada pihak penganjur.

Maklumat lanjut, sila hubungi Kevin Jampang Ranggak menerusi talian 013-8326927, Oscar (013-8864372), Jennifer (013-9613824) dan Angela (014-6887828).

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Hakim Danish ulangi podium di Litar Aragon
Next: Komitmen Sarawak perkasa komuniti pekak, latihan bahasa isyarat diperluas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.