Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perarakan Karnival Gawea Kampung Barieng, Singai meriah
  • TEMPATAN

Perarakan Karnival Gawea Kampung Barieng, Singai meriah

Utusan Sarawak 20 hours ago
PPWS Kampung Atas muncul juara, diikuti Kampung Peros Krokong di tempat kedua, manakala Biro Wanita Kampung Segong menduduki tempat ketiga. Foto: Norman B

BAU: Perarakan Karnival Gawea Botang Romin Barieng Singai Bau sempena sambutan Gawea Pinonguh 2025 berlangsung penuh warna-warni dan meriah, sekali gus menyemarakkan semangat Hari Gawai dalam kalangan masyarakat Bidayuh di kawasan tersebut.

Perarakan yang mengetengahkan kekayaan budaya serta adat tradisi masyarakat Bidayuh Bau itu menyaksikan penyertaan lima kontinjen melibatkan lebih 200 peserta dari pelbagai kampung dan pertubuhan tempatan.

SEKITAR suasana Perarakan Karnival Gawea Botang Romin Barieng Singai Bau sempena sambutan Gawea Pinonguh 2025. Foto: Norman B

Sebelum perarakan bermula, para peserta telah diberi taklimat keselamatan dan bacaan doa sebagai langkah pembukaan. Majlis pelepasan kontinjen disempurnakan oleh Penghulu Kawasan Singai, Penghulu Morisson, bersama Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Serapi, Kawi, dan Ketua Gawai Kampung Botang Romin Barieng, Encik Rayer.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Adat Asal Singai, Edid Ngupel, yang berkata penganjuran acara seperti ini dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan masyarakat sambil mengekalkan adat resam dan budaya yang semakin dilupakan.

“Acara seperti ini juga mampu menarik minat pelancong dari luar serta melestarikan adat budaya kepada anak muda dan generasi akan datang agar selari dengan arus pemodenan semasa,” katanya.

Sepanjang karnival yang bermula sejak pagi, pelbagai pengisian telah diadakan termasuk upacara miring, demonstrasi pemakaian tradisional Bidayuh serta pertunjukan pakaian budaya. Perarakan berlangsung pada sebelah petang, disusuli dengan pesta keramaian pada malam hari.

Dalam pertandingan kontinjen perarakan, Persatuan Pengusaha Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Atas muncul juara, diikuti Kampung Peros Krokong di tempat kedua, manakala Biro Wanita Kampung Segong menduduki tempat ketiga.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Ibadah korban kukuhkan hubungan PGA, masyarakat
Next: Forum Leo 2025 cetus pemimpin muda berwawasan, berjiwa rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.