Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komuniti Iban disaran kekal warisan tradisi walau rumah panjang kian moden
  • TEMPATAN

Komuniti Iban disaran kekal warisan tradisi walau rumah panjang kian moden

Utusan Sarawak 14 hours ago
BERSAMA RAKYAT….Kevin Lau merakam kenangan bersama penduduk pada upacara ‘Gawai Mangkong Tiang’ di Rumah Anne Saging, Sungai Pasai, Jalan Teku di sini, hari ini.

SIBU: Komuniti Iban disaran agar mengekalkan tradisi meskipun struktur pembinaan rumah panjang pada masa kini lebih moden.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau berkata, komuniti Iban harus mengekalkan warisan budaya dan tradisi nenek moyang yang menjadi asas identiti komuniti tersebut.

“Saya amat berbesar hati melihat komuniti di sini masih mengekalkan tradisi walaupun rumah panjang telah dibina menggunakan konkrit. 

“Budaya ini perlu diwarisi oleh generasi baharu agar identiti kita sebagai komuniti Iban terus terpelihara,” katanya semasa berucap pada upacara ‘Gawai Mangkong Tiang’ di Rumah Anne Saging, Sungai Pasai, Jalan Teku di sini, hari ini.

Beliau turut menyifatkan upacara ‘Gawai Mangkong Tiang’ sebagai simbol penting dalam pemberkatan rumah baharu.

“Upacara ini bukan hanya simbolik, tetapi membawa makna besar sebagai permulaan yang diberkati dengan harapan setiap ahli keluarga dilimpahi keamanan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Lau turut memuji semangat gotong-royong dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh penduduk dalam menjayakan pembinaan rumah tersebut.

“Kejayaan sesebuah komuniti bergantung kepada kerjasama antara pemimpin dan masyarakat setempat,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberi jaminan untuk membantu menyelesaikan isu infrastruktur yang dibangkitkan oleh Tuai Rumah Anne termasuk permohonan pembinaan jalan berturap di hadapan rumah panjang itu.

“Saya difahamkan terdapat keperluan untuk jalan berturap di kawasan ini. Dana di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) masih ada, namun saya perlukan sedikit masa untuk proses pindahan. Saya akan bantu sebaik mungkin,” katanya.

Lau turut mengajak komuniti di Sungai Pasai agar terus bersatu padu dalam memacu pembangunan kawasan setempat.

“Kerjasama antara ketua kaum, ketua masyarakat dan ahli majlis amat penting dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Terdahulu, Kaunselor Jeksen Chuban turut merakamkan penghargaan kepada Kevin Lau atas usaha berterusan beliau membantu penduduk Bawang Assan mendapatkan pelbagai projek pembangunan demi kesejahteraan masyarakat.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pertanian organik pacu ekonomi tempatan melalui KNMF
Next: Tingkat ternakan lembu tempatan, tangani harga tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.