
BINTANGOR: Seekor ular katam tebu telah ditemui di dalam parit salah sebuah rumah di Jalan Taman Alomara, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.42 malam.
“Sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular berbisa berada dalam parit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, anggota bomba menangkap ular tersebut menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang lapan minit.
“Selepas ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat selamat.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 7.52 malam,” katanya.
Oleh Earl Anek