Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM12,060 di Sibu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan bersama dadah bernilai RM12,060 di Sibu

Utusan Sarawak 1 day ago
DIRAMPAS…..Paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine dirampas hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek di Jalan Hua Kiew. Foto IPD Sibu

SIBU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menahan seorang lelaki warga tempatan di tepi Jalan Hua Kiew, pada 1.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai dan merampas 46 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat kasar 60.3 gram.

“Nilai semasa rampasan dianggarkan berjumlah RM12,060. Pihak polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza milik suspek bernilai RM30,000 katanya menerusi siaran media.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine/amphetamine.

“Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Suspek seterusnya ditangkap dibawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) ADB 1952,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis Selangor selesai rakam keterangan pelakon, penyanyi
Next: Two fraud cases reported 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.