
KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang telah mengadakan sesi taklimat dan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Dewan Serbaguna Institut Kemajuan Desa (INFRA), baru-baru ini.
Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau kemajuan kerja di tapak serta mengenal pasti sebarang isu atau cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek.
Menurut beliau, lawatan itu juga memberikan gambaran lebih jelas mengenai status semasa projek dan memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Turut hadir dalam sesi berkenaan ialah wakil-wakil agensi pelaksana dan pihak kontraktor yang bertanggungjawab dalam projek berkenaan.
Projek ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui INFRA bagi memperkasa kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar.
Oleh Norman B.