Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Hakim AS sekali lagi halang larangan ke atas pelajar asing di Harvard
  • GLOBAL

Hakim AS sekali lagi halang larangan ke atas pelajar asing di Harvard

Utusan Sarawak 1 day ago

WASHINGTON:  Seorang hakim persekutuan sekali lagi menghalang rancangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengecualikan pelajar asing daripada menghadiri kuliah di Universiti Harvard, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Hakim Allison Burroughs membenarkan permohonan Harvard untuk perintah sekatan sementara, sekali gus menghentikan rancangan kerajaan.

Pada Rabu, Presiden AS Donald Trump menandatangani pengisytiharan untuk menggantung visa antarabangsa pelajar atas alasan keselamatan negara dan kegagalan mereka mematuhi agensi persekutuan.

Keputusan baharu itu membolehkan Harvard memulihkan semula keupayaan pelajar antarabangsa untuk memasuki AS dan menghadiri kuliah sehingga pendengaran seterusnya pada 16 Jun, menurut akhbar pelajar Harvard Crimson.

Universiti itu telah memfailkan tuntutan mahkamah yang dipinda di Mahkamah Daerah AS bagi Daerah Massachusetts beberapa jam sebelum keputusan hakim dikeluarkan.

Dalam tuntutan berkenaan, Harvard menuduh pentadbiran Trump cuba memaksa institusi itu melalui tindakan balas yang tidak sah.

Hakim Burroughs sebelum ini turut mengeluarkan injunksi sementara pada akhir Mei, ketika Harvard mula memfailkan tindakan undang-undang terhadap langkah kerajaan itu.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Jemaah melontar di Mina ketika sebahagian umat Islam mula sambut Aidiladha
Next: Sambutan Aidiladha di Indonesia hari ini meriah, Prabowo agih 985 lembu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.