Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  •  APM Marudi tumpaskan ular tedung
  • WILAYAH

 APM Marudi tumpaskan ular tedung

Utusan Sarawak 1 day ago
ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Marudi berjaya menangkap ular tedung tikus di kawasan pejabat Jabatan Laut Marudi. Foto APM Marudi

MARUDI: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Marudi berjaya menangkap seekor ular tedung tikus sepanjang dua meter bertempat di kawasan pejabat Jabatan Laut Marudi.

Pegawai Pertahahan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan pada 12.54 petang tadi daripada seorang pengadu, Rosli Abdul Karim memaklumkan reptilia itu berada di kawasan pejabatnya.

Sebaik menerima laporan itu, Skuad Bravo keluar dengan kekuatan empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular tersebut dengan jarak lebih kurang 50 meter dari PKOD.

APM mengambil masa kira-kira sembilan minit untuk menangkap reptilia berkenaan dengan menggunakan penyepit ular dan selesai tugas Skuad Bravo bergerak balik ke PKOD.

Oleh Jiku Juguong 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelantikan KMKK baharu perkukuh jaringan kepimpinan komuniti
Next: ‘Ngiling Tikai’ lambang warisan Dayak, wajar diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.