
KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, menerima kunjungan hormat daripada wakil Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Samarahan di Pejabat Khidmat Rakyat P.200 Batang Sadong, hari ini.
Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu menjadi platform penting bagi kedua-dua pihak bertukar pandangan serta idea ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara UKAS dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batang Sadong.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian maklumat serta penyediaan khidmat kepada masyarakat setempat.
Kunjungan ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara UKAS Bahagian Samarahan dan Pejabat Khidmat Rakyat, sekali gus membuka peluang kerjasama yang lebih luas dan bermanfaat pada masa hadapan. -UKAS