LIMBANG: Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Limbang mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memusnahkan sebuah sarang tebuan bersaiz besar, dianggarkan sebesar tayar kereta Perodua Kancil, dalam satu operasi, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Kapten (PA) Bonnie Madisun, berkata sepasukan anggota diketuai Koperal (PA) Nurul Najanadhirah Hadri telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang.
Setibanya di lokasi kejadian di Kampung Berawan, anggota APM berjumpa dengan pengadu bagi mengenal pasti lokasi sebenar sarang tebuan, yang didapati berada di bawah sebuah rumah usang berhampiran kediaman pengadu.
“Sarang tebuan sebesar tayar kereta Kancil itu berjaya dimusnahkan menggunakan kaedah pembakaran terkawal serta semburan racun serangga,” katanya kepada media hari ini.
Tambah beliau, operasi tersebut mengambil masa lebih sejam untuk disempurnakan dan selesai sepenuhnya pada 8.35 malam.
Oleh Adeng Edrus