Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tindakan AS memveto draf resolusi gencatan senjata di Gaza, dikritik negara anggota
  • GLOBAL

Tindakan AS memveto draf resolusi gencatan senjata di Gaza, dikritik negara anggota

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Ibu Pejabat PBB di New York.

NEW YORK: Negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) semalam mengkritik Amerika Syarikat (AS) selepas Washington menggunakan kuasa veto terhadap draf resolusi yang menuntut pelaksanaan gencatan senjata dengan segera dan akses kemanusiaan tanpa halangan di Gaza.

Ia adalah pengundian pertama UNSC yang dianggotai 15 negara, berhubung isu berkenaan sejak November lalu di mana AS – sekutu utama Israel – turut menggagalkan teks desakan supaya pertempuran dihentikan.

“Hari ini, AS memberi mesej kuat dengan memveto resolusi UNSC yang tidak produktif berhubung Gaza dengan menyasarkan Israel,” kata Setiausaha Negara, Marco Rubio, dalam satu kenyataan selepas keputusan pengundian 14-1 itu.

Rubio berkata, Washington tidak akan menyokong sebarang teks yang didakwa ‘memberi persamaan palsu antara Israel dengan Hamas atau mengabaikan hak Israel untuk mempertahankan diri.’

“AS akan terus menyokong Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Draf resolusi UNSC itu menuntut ‘gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal’ dilaksanakan di Gaza, segala sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu ditarik balik, serta pembebasan segera dan tanpa syarat kesemua tebusan oleh Hamas serta pihak lain.

Duta Pakistan ke PBB, Asim Ahmad, berkata kegagalan resolusi itu ‘bukan saja mencemari moral hati nurani UNSC tetapi juga detik tindakan politik yang akan diingati generasi mendatang.’

Duta China ke PBB, Fu Cong pula berkata: “Keputusan pengundian berkenaan sekali lagi mendedahkan bahawa punca utama kegagalan UNSC menamatkan konflik di Gaza ialah halangan berulang kali oleh AS.” – AFP

Continue Reading

Previous: China kekal keahlian ECOSOC untuk penggal baharu
Next: Ryanair mendarat cemas di Jerman, 8 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.