Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Marudi anjur Rumah Terbuka Gawai 7 Jun ini
  • WILAYAH

ADUN Marudi anjur Rumah Terbuka Gawai 7 Jun ini

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Dr Penguang Manggil mengadakan kunjungan Gawai di Baram Hilir menggunakan laluan sungai menaiki bot ekspres bersama sekitar 70 orang rombongannya, baru-baru ini. Foto Facebook Datuk Dr Penguang Manggil

MIRI: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Gawai Dayak pada 7 Jun 2025 (Sabtu) ini.

Majlis itu akan diadakan di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong pada jam 10.00 pagi.

Majlis akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak anjuran ADUN Marudi ini.

Baru-baru ini, Penguang yang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi telah mengadakan kunjungan Gawai di Baram Hilir menggunakan laluan sungai menaiki bot ekspres bersama sekitar 70 orang rombongannya.

Pergerakan dan perjalanan laluan sungai menaiki bot ekspres itu mencerminkan cabaran logistik di kawasan pedalaman namun tidak menjadi halangan untuk meneruskan tradisi ini.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Marudi raikan Gawai bersama penduduk Baram Hilir
Next: Generasi muda perlu warisi budaya Kenyah Badeng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.