Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Karnival Tradisi Gawai Dayak 2025 bakal meriahkan Miri
  • SEMASA

Karnival Tradisi Gawai Dayak 2025 bakal meriahkan Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK ALBUM… Datuk Gerawat Gala (enam kanan) dan Dato Dennis Ngau (tujuh kanan) bersama tetamu yang lain merakamkan gambar kenangan pada majlis makan malam Penangguhan Highlanders 2025 Edisi Ke-25 di Miri, semalam.

MIRI: Bandar raya Miri akan menjadi tuan rumah Karnival Tradisi Gawai Dayak Peringkat Negeri 2025, yang julung kali dianjurkan di peringkat negeri.

Karnival tersebut dijadual berlangsung pada 12 dan 13 Jun 2025 bertempat di FORUM Cultural Centre, di sini.

Pengerusi penganjur, Dato Dennis Ngau, berkata lebih 13 acara permainan tradisional akan dipertandingkan sepanjang dua hari penganjuran karnival berkenaan.

Antara acara menarik yang bakal berlangsung termasuk pertandingan tarik tali, menyumpit, serta pelbagai sukan tradisional lain, dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah RM500,000.

Pada malam 12 Jun, pentas utama di FORUM Cultural Centre akan dimeriahkan dengan pertandingan tarian tradisional Datun Julud dan persembahan Sape Duo. Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.

“Acara kemuncak akan berlangsung pada malam 13 Jun menerusi pertandingan Miss Gawai Sarawak 2025, yang bakal menghimpunkan ratu Gawai dari seluruh bahagian negeri, termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Sri Aman mempertaruhkan hadiah hadiah utama RM15,000 untuk juara,” katanya.

“Pertandingan ini akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Gawai Peringkat Negeri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Tiket masuk bagi acara ini ialah RM20 seorang, tidak termasuk makan malam,” katanya.

Dennis yang juga ADUN Telang Usan berkata demikian pada majlis makan malam Penangguhan Highlanders 2025 Edisi Ke-25 di sini, semalam.

Menurut Dennis, sepanjang karnival berlangsung, kawasan parkir dalam FORUM akan ditutup bagi memberi laluan kepada aktiviti karnival.

Justeru, katanya, pengunjung disarankan menggunakan tempat letak kereta di Terminal Bas Baru, yang mana perkhidmatan bas ulang-alik untuk kemudahan pengunjung secara percuma disediakan dari 6.00 pagi hingga 12.30 tengah malam sepanjang dua hari acara berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebih 38,000 ekor lembu dibekal untuk ibadah korban
Next: Sarawak perkenal kursus aeroangkasa pertama di CENTEXS Lundu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.