Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Samsung Pay alami gangguan perkhidmatan sementara di Korea Selatan
  • GLOBAL

Samsung Pay alami gangguan perkhidmatan sementara di Korea Selatan

Utusan Sarawak 4 days ago
SAMSUNG Electronics Co, mengalami gangguan sementara.

SEOUL: Samsung Pay, sistem pembayaran mudah alih yang dikendalikan oleh Samsung Electronics Co, mengalami gangguan sementara pada Isnin, menurut pengendalinya.

Menurut Agensi Berita Yonhap, bermula sekitar 7.00 pagi, beberapa pengguna melaporkan tidak dapat membuat pembelian sama ada dalam talian mahupun luar talian.

Samsung Electronics mengesahkan masalah itu dalam satu notis yang dikeluarkan pada 10.30 pagi, memaklumkan bahawa isu melibatkan pembayaran dan pendaftaran kad telah diselesaikan.

“Ralat yang menjejaskan pembayaran dan pendaftaran kad telah diperbetulkan, dan perkhidmatan kini beroperasi seperti biasa,” menurut syarikat itu. “Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.”

Bagaimanapun, punca gangguan perkhidmatan itu masih belum diketahui.

Samsung Pay ialah platform dompet digital yang membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar dan peranti Samsung yang serasi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Misteri wanita ‘hantu parit’ terungkai
Next: Khutbah Arafah dalam 34 bahasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.