Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah pekerja musnah terbakar di Miri, dua kenderaan terjejas
  • KEBAKARAN

Rumah pekerja musnah terbakar di Miri, dua kenderaan terjejas

Utusan Sarawak 4 days ago
MUSNAH…Keadaan sebuah rumah pekerja di Jalan Cahaya, Taman Saujana Impian di Miri musnah dalam kebakaran petang semalam. Foto JBPM Zon Miri

MIRI: Sebuah rumah pekerja di Jalan Cahaya, Taman Saujana Impian di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.

Kejadian itu turut melibatkan sebuah lori dan sebuah kereta.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan pada 6.00 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja berstruktur tidak kekal yang mempunyai enam bilik dan ia musnah sepenuhnya.

” Ketika kejadian, tiada penghuni berada di rumah dan mereka gagal dihubungi.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan dua nozel dan satu aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu nozel yang disambungkan kepada pam jentera menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran.

“Kebakaran itu turut melibatkan sebuah lori tiga tan yang terbakar 10 peratus di bahagian hadapan dan sebuah kereta terbakar lima peratus di bahagian hadapan,” ujarnya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bengkel mengecat musnah terbakar, seorang lelaki cedera ringan
Next: Rumah pekerja terbiar musnah terbakar di Tabuan Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.