Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tubuh lebih banyak koperasi di Sarawak, tingkat ekonomi kariah
  • TEMPATAN

Tubuh lebih banyak koperasi di Sarawak, tingkat ekonomi kariah

Utusan Sarawak 3 days ago
YANG Dipertua MIS,Datuk Misnu Taha merasmikan Program Bicara Ilmu Memperkasakan Koperasi Kariah Masjid di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini. Foto: IKMa Zon Sarawak
 

KUCHING: Sehingga tahun 2024, menurut data Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), sebanyak 578 buah koperasi kariah masjid dan surau telah ditubuhkan di seluruh Malaysia, yang menjana perolehan sebanyak RM30.6 juta serta syer berjumlah RM16.56 juta.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha berkata jumlah koperasi kariah yang ditubuhkan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah masjid serta surau di Sarawak yang berjumlah 1,645 buah menurut laman sesawang Khidmat Islam Sarawak 2025.

“Melihat kepada potensi yang sangat besar ini, saya menggesa agar jawatakuasa penguruan masjid dan surau yang belum menubuhkan koperasi agar memikirkan peluang yang ada ini untuk sama-sama mempertimbangkan penubuhan koperasi sebagai badan ekonomi kariah masjid masing-masing. 

“Saya juga mengingatkan agar koperasi yang bakal ditubuhkan perlu diurus dan ditadbir mengikut undang-undang dan peraturan koperasi. Janganlah kita menjadikan koperasi seperti syarikat kita sendiri dan mengabaikan ilmu mengurus koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Bicara Ilmu Memperkasakan Koperasi Kariah Masjid anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini hari ini.

Misnu berkata dengan kepelbagaian koperasi termasuklah koperasi kariah masjid yang berjumlah 1,213 buah di seluruh Sarawak dengan jumlah syer sebanyak RM231.04 juta dan perolehan sebanyak RM411.48 juta sehingga 2024, koperasi di Sarawak harus bersatu padu dan bekerjasama untuk meneroka semaksimum mungkin peluang yang ada agar dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan ekonomi utama di negeri Sarawak.

“Di bawah teras strategik keenam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) iaitu keterangkuman sosial yang di bangunkan oleh kerajaan Sarawak, salah satu perkara yang ditekankan ialah manfaat ekonomi dan sosial yang ditambahbaik dan dapat dinikmati oleh semua masyarakat secara adil. 

“Salah satu kaedah pelaksanaan adalah lebih banyak aktiviti yang berimpak tinggi di huluan dan hiliran dapat dibangunkan di setiap pelusuk Kawasan. Pada masa yang sama meningkatkan produktiviti di dalam setiap aktiviti tersebut. 

“Melihat kepada pendekatan tersebut, saya berharap pihak IKMa dan SKM yang memberi ilmu latihan dan mengawal selia sektor koperasi di Malaysia boleh menjadikan gerakan koperasi sebagai alat untuk mencapai sasaran PCDS 2030 tersebut bagi membangunkan ekonomi masyarakat menjadi lebih mantap dan utuh,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SKM, Datuk Rusli Jaafar, hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 buah masjid di Malaysia yang menubuhkan koperasi.

Jumlah ini katanya masih berada pada tahap yang rendah. Pada masa yang sama, gerakan koperasi masjid seperti tidak diyakini mampu untuk menjana sosioekonomi masyarakat setempat. 

“Ini terbukti apabila sumbangan perolehan koperasi kariah masjid pada tahun 2024 hanyalah RM30.6 juta jika dibandingkan dengan perolehan keseluruhan gerakan koperasi di Malaysia sebanyak RM68.1 bilion.

“Gerakan koperasi kariah masjid di Malaysia memerlukan anjakan yang besar untuk lebih berjaya. Maka, amat penting modal insan dalam gerakan koperasi kariah masjid memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: UPMKB perkukuh kesedaran iklim, inisiatif karbon hutan
Next: JPJ galak aduan salah laku pemandu, fokus keselamatan musim Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.