Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SK Senadin tubuh pasukan Bomba Junior, pupuk budaya keselamatan
  • WILAYAH

SK Senadin tubuh pasukan Bomba Junior, pupuk budaya keselamatan

Utusan Sarawak 3 days ago
MENYAMPAIKAN…Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,  Jamri Masran (empat dari kanan) menyampaikan sijil penubuhan pasukan Bomba Junior kepada pasukan, SK Senadin di Miri, semalam. Foto: Liong Chai Ling

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Senadin di sini kini tersenarai sebagai sekolah ke-11 di negeri ini yang menubuhkan pasukan Bomba Junior.

Sekolah itu juga merupakan sekolah kedua di Bahagian Miri selepas SK Batu Niah, Subis yang menubuhkan pasukan ini.

Pasukan Bomba Junior SK Senadin ditubuhkan secara rasmi apabila pasukan itu  menerima sijil penubuhan dalam satu majlis yang diadakan di sekolah itu semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,  Jamri Masran berkata, inisiatif penubuhan Bomba Junior mula diperkenalkan pada tahun 2023 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2024.

“Ia turut selaras dengan Teras 2 (Amalan dan Pembudayaan Keselamatan) Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara tahun 2021-2030 yang menekankan kepada amalan dan pembudayaan keselamatan di peringkat institusi pendidikan.

“Sesungguhnya penyertaan semua pelajar yang terlibat merupakan sokongan kepada jabatan untuk terus memberi khidmat pencegahan kebakaran kepada masyarakat supaya momentum pelaksanaan pembangunan negara dapat diteruskan selain meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar dari usia muda, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya,”katanya semasa berucap pada majlis itu, semalam.

Jamri turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menyertai program pada kali ini kerana sanggup berkorban wang ringgit, masa dan tenaga demi untuk kebaikan kampung masing-masing.

“Kepada semua pelajar, semoga dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan dengan sewajarnya. Tuntutlah dan gunakanlah ilmu yang telah dipelajari ini dengan sepenuh hati.
Biar miskin asal cerdik, terlawan juga orang kaya,” ujarnya lagi.

Pasukan Bomba Junior yang diperkenalkan bertujuan membolehkan murid menghayati dan mengamalkan ilmu kebombaan, memupuk budaya keselamatan, kesedaran bahaya kebakaran dan langkah pencegahan di peringkat awal.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saribas terima RM520,000, perkasa program kebajikan dan keagamaan
Next: 15 peserta sertai ceramah keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.