Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Sarawak catat kemajuan digital, hampir semua menara telekomunikasi beroperasi
  • TEMPATAN

DUN: Sarawak catat kemajuan digital, hampir semua menara telekomunikasi beroperasi

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi mengulas lanjut berkaitan perkembangan telekomunikasi Sarawak di DUN. Foto: Masrin Affirah

PETRA JAYA: Liputan perkhidmatan internet di Sarawak terus mencatat peningkatan ketara apabila kadar capaian kini mencecah 90.2 peratus, berbanding 84.8 peratus yang direkodkan pada November tahun lalu.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, setakat ini sebanyak 4,662 struktur menara telekomunikasi telah siap dibina di seluruh negeri.

“Ini termasuk struktur atas bangunan dengan 95 peratus daripadanya telah beroperasi.

“Daripada jumlah itu, 4,446 menara sudah ‘on-air’ manakala baki 216 lagi akan beroperasi secara berperingkat sehingga akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak turut memperuntukkan RM2.3 bilion di bawah inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) sebagai langkah intervensi mempercepatkan liputan internet luar bandar.

“Ini termasuk pembinaan 618 menara Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART), di mana 585 menara telah siap dan 480 telah beroperasi.

“Inisiatif Kerajaan Persekutuan menerusi Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 juga telah menyumbang dengan siapnya 906 daripada 909 menara dan 795 daripadanya kini menyediakan perkhidmatan 4G. 

“Bagi pelaksanaan 5G di Sarawak pula, sebanyak 574 daripada 576 tapak telah beroperasi, manakala selebihnya dijangka siap sepenuhnya menjelang suku kedua 2025.

“Sementara itu, sebanyak 31,000 isi rumah kini menikmati Pelan Prabayar Rangkaian Jalur Lebar Luar bandar Sarawak (MySRBN) berbanding 24,000 isi rumah pada tahun lepas, hasil pelaksanaan program komuniti oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC),” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peguam Besar Negeri antara 10 dilantik sebagai Ahli Dewan DBKU
Next: DUN: Majlis Adat Istiadat Sarawak laksana semakan, pemodenan kod adat peribumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.