Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Guru dinobat Ratu Cantik Mrs Tasik Biru 2025
  • TEMPATAN

Guru dinobat Ratu Cantik Mrs Tasik Biru 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang,Dato Lo Khere Chiang menyampaikan hadiah kepada Fellicia Pamella Francis dinobatkan sebagai pemenang Mrs Tasik Biru 2025.

BAU: Fellicia Pamella Francis yang dinobatkan sebagai Mrs Tasik Biru 2025 berharap generasi muda akan lebih menghargai keindahan alam semula jadi dan warisan Tasik Biru sebagai satu khazanah yang perlu dipelihara.

Guru berusia 27 tahun dari Kampung Stenggang, Bau itu berkata, dia mahu menggunakan platform sebagai pemenang pertandingan untuk menyemarakkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang pentingnya menjaga dan memulihara Tasik Biru supaya tidak pupus ditelan zaman.

FELLICIA Pamella Francis yang dinobatkan sebagai Mrs Tasik Biru 2025.

“Saya mahu generasi muda menghargai alam dan Tasik Biru kerana ia adalah sebahagian daripada warisan kita yang wajib kita lindungi dan pelihara agar tidak hilang,” katanya selepas majlis penobatannya di pentas utama Pesta Tasik Biru 2025 malam tadi.

Majlis kemuncak disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang dan isteri Datin Margaret Lim Sok Kiang. Turut hadir Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi.

Fellicia, yang bertugas di SK Nanga Embuau, Song, Kapit, mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana perlu mengimbangi tugas sebagai ibu kepada bayi perempuan berusia lapan bulan serta tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.

“Saya sudah tiga tahun mengajar, dan walaupun sibuk, saya tetap berusaha untuk menyertai pertandingan ini semasa cuti sekolah,” tambahnya.

Fellicia turut memberi respon kelakar apabila ditanya tentang rancangan menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diterimanya selepas kemenangan.

“Saya akan makan semua makanan yang saya mahu, McDonald’s, KFC dan sebagainya. Sebelum ini saya berdiet untuk persiapan pertandingan ini,” katanya dengan senyuman.

Pemenang Mrs Tasik Biru ini berasal dari keturunan Bidayuh-Berawan dan merupakan kakak kepada Joana Jane Francis, 22 tahun, yang dinobatkan sebagai Miss Tasik Biru 2025 pada 18 Mei lalu.

Kejayaan dua beradik ini dianggap sebagai satu pencapaian luar biasa bagi keluarga Francis dan turut mencuri perhatian masyarakat Bau.

Pertandingan Mrs Tasik Biru dibuka kepada semua wanita dari Daerah Bau yang telah, masih atau pernah berkahwin berumur 25 hingga 55 tahun serta berada dalam keadaan sihat dari segi mental dan fizikal.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: First human rabies case in Sarawak for 2025 involves teen from Kampung Segedup
Next: Peguam Besar Negeri antara 10 dilantik sebagai Ahli Dewan DBKU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.