Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Arshela Abdullah, juara Miss Icon International 2025 di Kemboja
  • SEMASA

Arshela Abdullah, juara Miss Icon International 2025 di Kemboja

Utusan Sarawak 3 days ago
JUARA… Arshela Abdullah selepas diumumkan Juara Miss Icon International 2025

PHNOM PENH: Arshela Abdullah, ratu cantik berdarah campuran Iban-Bugis yang berasal dari Bintulu, Sarawak, mengharumkan nama Malaysia apabila diumumkan sebagai Juara Miss Icon International 2025 dalam pertandingan yang berlangsung di Aeon Mall 1, Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.

Arshela, yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik berprestij itu, berjaya menewaskan para peserta dari sembilan negara lain untuk merebut gelaran utama.

Jelas graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajaran Bahasa Inggeris (TESL), kemenangan tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya, tetapi turut menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya komuniti Dayak dan Bugis di Sarawak.

Arshela menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada keluarganya, penyokong serta pihak pengurusan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan sepanjang perjalanan beliau dalam dunia ratu cantik.

“Saya mempersembahkan kemenangan ini kepada Malaysia, khususnya komuniti saya di Sarawak. Ini bukti bahawa kecantikan dan keperibadian wanita Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak.

Kemenangan tersebut menandakan pencapaian penting buat Malaysia di persada ratu cantik antarabangsa dan menjadikan Arshela Abdullah sebagai ikon baharu yang bakal menginspirasi generasi muda.

Antara pencapaian cemerlang yang diraih Arshela termasuk Miss Petite Sarawak 2019 & Miss Petite Global Borneo 2022, 1st Runner-Up Miss Global ASEAN 2025 (wakil Borneo), Top 21 Miss Supranational 2021, Pemenang Anugerah Bakat Terbaik di Miss Global ASEAN 2025 dengan persembahan lagu My Heart Will Go On.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pemimpin ASEAN berhimpun esok untuk  Sidang Kemuncak, mesyuarat berkaitan
Next: Awas tawaran palsu Visa Mujamalah di media sosial – Tabung Haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.