Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta DuanWu satukan komuniti berbilang kaum di Miri
  • WILAYAH

Pesta DuanWu satukan komuniti berbilang kaum di Miri

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin menghadiri sambutan Pesta DuanWu, Parti SUPP Cawangan Kecil Riam di Pejabat SUPP Cawangan Kecil Riam, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Sempena sambutan Pesta DuanWu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kecil Riam menganjurkan acara membungkus kuih tradisional ‘Bak Chang’ yang meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat, mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan rakyat Sarawak.

Acara yang berlangsung di Pejabat SUPP Cawangan Kecil Riam hari ini, turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin.

Menariknya, beliau sendiri turut menyertai sesi membungkus kuih bak chang bersama warga emas, wanita dan belia setempat, sekali gus menunjukkan sokongan padu terhadap usaha memelihara seni warisan budaya masyarakat Cina.

“Kuih bak chang bukan hanya berisi bahan makanan, tetapi sarat dengan kenangan budaya dan nilai kekeluargaan,” ujar beliau dalam ucapannya.

Menurut beliau, sambutan tradisional seperti Pesta DuanWu bukan sekadar memperingati tokoh sejarah, malah merupakan peluang penting untuk mengeratkan hubungan antara kaum di negeri yang penuh kepelbagaian ini.

“Melalui acara seperti ini, kita bukan sahaja mewarisi budaya nenek moyang, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan antara generasi dan antara komuniti,” tambahnya.

Beliau turut menghargai usaha SUPP Senadin dan Cawangan Kecil Riam yang menganjurkan program berunsur kebudayaan yang mampu menyatupadukan komuniti, selain mendidik generasi muda untuk terus menghargai nilai tradisi.

Kerajaan Sarawak, katanya sentiasa menyokong inisiatif pemeliharaan budaya dan menggalakkan penganjuran program sebegini yang merangkumi semua kaum sebagai langkah memperkukuh keharmonian sosial.

Acara pada pagi itu bukan sekadar menyambut perayaan masyarakat Cina, tetapi lebih penting lagi, ia menjadi cerminan kepada perpaduan rakyat Sarawak yang sentiasa menghormati perbezaan dan meraikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan bersama.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek MADANI Kelaman Khazanah Seni Lahanan angkat warisan budaya
Next: Bomba selamatkan kucing terperangkap dua hari atas pokok kelapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.