Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 11 pelajar DUN Tasik Biru terima insentif pendidikan
  • PENDIDIKAN

11 pelajar DUN Tasik Biru terima insentif pendidikan

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep menyampaikan insentif pendidikan kepada salah seorang pelajar pada program penyerahan sumbangan insentif pendidikan di Bau, hari ini. Foto UKAS

BAU: Seramai 11 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru yang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma dan Sarjana Muda telah menerima insentif pendidikan berjumlah RM3,900 sebagai galakan dan sokongan permulaan pengajian.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, insentif ‘one-off’ itu merupakan wang saku kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta dalam pelbagai bidang pengkhususan.

“Insentif ini diharap dapat membantu pelajar mengurangkan beban awal ketika memulakan pengajian dan menjadi pemangkin semangat untuk terus berjaya,” katanya ketika ditemui media semasa program penyerahan sumbangan hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan menyambut Gawai Dayak supaya berwaspada terutamanya mereka yang menggunakan pengangkutan air agar memakai jaket keselamatan dan tidak membawa penumpang melebihi kapasiti bot atau perahu.

Beliau juga mengingatkan pengguna Lebuhraya Pan Borneo agar berhati-hati khususnya apabila menghampiri kawasan pusingan U, kerana terdapat kenderaan yang kerap bergerak perlahan di laluan kanan.

Terdahulu, beliau turut menghadiri Program Jualan Rahmah Madani Bergerak dan menyempurnakan penyerahan bakul makanan kepada 120 penerima dari 15 kampung sekitar kawasan Singai.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kolej Komuniti Sarikei raikan Gawai Raya penuh warna, harmoni
Next: DUN: Sarawak laksana ujian penilaian UPDLP Oktober ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.