
MIRI: Keanggunan semula jadi Clara Amanda Buyong berjaya memikat hati juri, sekali gus menobatkannya sebagai Kumang Gawai Dayak Peringkat Bahagian Miri 2025.
Manakala, Mimi Wimplinger dinobatkan sebagai Dayung Sangon dan Daphne Baun David dinobatkan sebagai Keligit Orang Ulu.
Ketiga-tiga mereka masing-masing menerima wang tunai RM5,000.
Tempat kedua bagi kategori Kumang pula menjadi milik Patricia Lalang Juman yang memenangi gelaran ‘Lulong’ manakala Mitchelle Gennevy Richard Belon memenangi tempat ketiga dan menerima gelaran ‘Selinggar Matahari’.
Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000.
Sementara itu, bagi kategori Dayung Sangon, tempat kedua dimenangi Wendy Chee Wee Fung manakala Volibia Kasten Bilim di tempat ketiga.
Tempat kedua kategori Keligit disandang oleh Chelsea Inez Aran Kong manakala tempat ketiga jatuh kepada Grace Benjamin.
Sementara itu, Indra Irawan Hendry muncul juara bagi kategori Keling-Belawan Gawai 2025 yang membolehkannya membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala Aldrin Nyandang Daut di tempat kedua membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Sammuelle Sanjirro Laing di tempat ketiga membawa pulang RM2,500.
Pertandingan tersebut merupakan acara kemuncak sambutan pra-Gawai Dayak Peringkat Miri
yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil, yang mewakili Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang.
Oleh Liong Chai Ling