Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program pelancongan tarik pengunjung ke Limbang, bantu capai sasaran negeri
  • TEMPATAN

Program pelancongan tarik pengunjung ke Limbang, bantu capai sasaran negeri

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerima cenderamata pada Majlis Mantar Gawai Dayak sempena Pesta Medamit 2025 malam tadi. Foto: Adeng Edrus

LIMBANG: Bahagian Limbang akan terus menjadi salah satu penyumbang utama kepada kemasukan pengunjung luar ke Sarawak sekali gus membantu mencapai sasaran lima juta pelawat ke Sarawak tahun ini.


Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pelbagai program pelancongan yang dianjurkan sepanjang tahun berjaya menarik pengunjung, khususnya dari Negara Brunei.


“Sebanyak 14 program sepanjang tahun dimulakan dengan Agrofest, Majlis Mantar Gawai Dayak ini yang kedua dan banyak lagi akan menyusul. Akhirnya, hujung tahun nanti akan diadakan sambutan Ambang Tahun Baru 2026.

“Dengan adanya program-program ini, kita berjaya menarik lebih ramai pelancong datang ke Sarawak, khususnya ke Limbang.

“Sasaran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MTCP) adalah lima juta pelawat tahun ini, saya yakin Limbang menyumbang jumlah yang besar dalam mencapai sasaran itu,” katanya semasa merasmikan Majlis Mantar Gawai Dayak sempena Pesta Medamit 2025 malam tadi.


Menurutnya, Jawatankuasa Perayaan Utama Bahagian Limbang akan terus menganjurkan program pelancongan dan memohon peruntukan daripada MTCP bagi penganjuran berskala besar.


Beliau turut mencadangkan agar Pejabat Residen dan Daerah menyenaraikan program strategik termasuk Majlis Mantar Gawai Dayak sebagai usaha menarik lebih ramai pengunjung datang ke Sarawak terutamanya Daerah Limbang.


Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum
Next: Kompleks Pentadbiran Bersepadu Lawas siap Ogos ini, tingkatkan perkhidmatan awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.