Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 1,700 peserta meriahkan Larian Amal Bersama Bomba 8.0 di Miri
  • SUKAN


1,700 peserta meriahkan Larian Amal Bersama Bomba 8.0 di Miri

Utusan Sarawak 4 days ago
UNTUK ALBUM…Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian peserta Program Larian Amal Bersama Bomba 8.0 Miri 2025 yang berlangsung di Marina Parkcity Miri, hari ini.

MIRI: Seramai  1,700  peserta hadir memeriahkan Program Larian Amal Bersama Bomba 8.0 Miri 2025  yang berlangsung di Marina Parkcity di sini, hari ini.

Para peserta yang bersaing dalam dua kategori iaitu  kategori  12 kilometer (km) dan larian santai 5km itu dilepaskan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Pengarah JBPM Sarawak Jamri Masran sekitar 6.30 pagi.

Berucap pada majlis itu Kim Shin memuji Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri atas usaha berterusan mereka dalam meningkatkan kesedaran awam untuk memastikan orang ramai lebih bersedia untuk melindungi diri mereka.

“Tahniah kepada JBPM Sarawak dan bomba Zon Miri kerana berjaya menganjurkan program yang sangat baik ini.

“Bukan sahaja kita menyumbang kepada badan-badan amal tetapi kita dapat bersukan dan mengamalkan budaya gaya hidup yang sihat,” katanya.

Penyertaan larian amal itu bukan hanya melibatkan warga tempatan sahaja tetapi terdapat peserta dari negara Brunei Darussalam.

Kim Shin berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan dianjurkan secara lebih besar lagi.

Sementara itu, hasil kutipan amal daripada acara tersebut disumbangkan kepada Pusat Pemulihan Komuniti Sunflower Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang raih 31 pingat di Kejohanan Sarawak 2025
Next: Shi Feng cipta sejarah, juara pertama China di Masters Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.