
PETRA JAYA: Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang mencipta kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih 10 pingat emas, 7 perak dan 14 gangsa pada Kejohanan Taekwondo (WTF) Sarawak 2025 – Kyorugi dan Poomsae yang berlangsung di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching.
Dalam kejohanan itu, seramai 34 atlet Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang di bawah pimpinan ketua kontinjen Chiew Mee Lin dan jurulatih Wong Ing Sing telah mengambil bahagian dalam dua acara utama iaitu Kyorugi (Pertarungan) dan Poomsae (Persembahan Jurus).
Atlet yang meraih pingat emas ialah Eric Lu Zeng Ming, Joseph Wong Shou Ho, Ting Foo Wei, Wong Chen Xin, Nicole Glenn Zainol, Grace Yong Yin Xing, Dyllen Chieng Neng Yuan, Crystal Sii Qing Wee, Amberlea Chew Wen Yi dan Octavianne Nicley Landan Nicholas.
Sebanyak lapan pingat perak disumbangkan oleh Darwisy Hakim Muhammad Noor Zaidee, Su Li Cong, Angel Law Xin Yu, Ting Lu Yun, Agnes Ting Xin Yii. Manakala, Nur Fathia Naazreen Mohammad Fadillah meraih dua pingat perak.
Pemenang pingat gangsa terdiri daripada Stephanie Ting Rou Ying, Fiona Ngu Qian Xin, Naomi Ngu Zhi Yun, Wong Sie King, Marcus Ting Zhong Sheng, John Yong Zhen Yu, Qaseh Azaleya Nazri, Muhamad Danish Haikal Mohd Danial, Selina Wong Li Qin, Phoebe Wong Li Xiang, Ting Jun Fu, Jarren Yong, Jeremy Law Ee Ann dan Octavious Nicley Marin Nicholas.
Penasihat Kelab Taekwondo Bumi Kenyalang Dato Sri Lau Kueng Chai melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian cemerlang para atlet dan turut bersama-sama meraikan kejayaan itu dalam satu majlis penghargaan yang diadakan malam tadi.
“Saya berasa sangat bangga melihat kesungguhan para peserta yang bertungkus-lumus di gelanggang dan berjaya membuktikan kemampuan mereka. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih dan ketekunan yang berterusan,” katanya.
Beliau menggesa agar pencapaian kali ini dijadikan motivasi untuk terus berusaha dalam menghadapi kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada masa akan datang.
Oleh Akun Giman