Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Drama muzikal Rentap pukau penonton di Kampung Budaya Sarawak
  • HIBURAN

Drama muzikal Rentap pukau penonton di Kampung Budaya Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
WATAK utama pahlawan Rentap dilakonkan oleh Anding Indrawani manakala Melissa Francis memegang watak Sawai, menjadikan pementasan ini antara yang paling dinanti-nantikan dalam festival tahun ini. -Foto UKAS

SANTUBONG: Pementasan drama muzikal epik Rentap: The Battle of Bukit Sadok berjaya memukau penonton dalam satu persembahan istimewa yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak di sini, malam tadi.

Lebih menarik, pengunjung mula membanjiri kawasan persembahan seawal 6.00 petang bagi menyaksikan persembahan bersejarah ini yang mengangkat kisah pahlawan legenda Sarawak itu.

Mengangkat kisah perjuangan pahlawan legenda Iban, Rentap, drama muzikal itu dilihat berjaya menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Sarawak agar terus menghargai jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman penjajah.

Pementasan tersebut merupakan acara kemuncak kepada Festival Menuai dan Cerita Rakyat Sarawak yang dianjurkan setiap tahun oleh Kampung Budaya Sarawak sejak 1996.

Teater yang dipersembahkan dengan gabungan dramatik seni persembahan, muzik tradisional serta elemen multimedia itu memberikan pengalaman mendalam dan menyentuh jiwa, terutamanya dalam menghayati keberanian serta ketokohan Rentap sebagai lambang penentangan terhadap penjajahan pada abad ke-19.

Pementasan teater Rentap itu juga bukan sahaja bertujuan menghibur, malah sebagai platform pendidikan sejarah dan budaya yang dapat menyuntik rasa bangga terhadap warisan perjuangan anak Sarawak.

Sebagai usaha menghargai sokongan masyarakat, pihak penganjur menawarkan kemasukan secara percuma kepada semua pengunjung sepanjang dua hari pementasan berlangsung, iaitu pada 24 dan 25 Mei 2025.

Festival yang memenangi Anugerah Sarawak Hornbill 2024 ini turut bertujuan memperkukuh hubungan antara komuniti melalui perayaan pelbagai budaya, di samping memperkasakan warisan negeri serta merancakkan industri pelancongan tempatan.

Pementasan muzikal ini menyatukan pelbagai lapisan masyarakat melalui penyampaian kisah-kisah rakyat dan legenda tempatan menerusi persembahan pentas yang penuh warna-warni serta elemen interaktif yang menghiburkan.

Manakala watak utama pahlawan Rentap dilakonkan oleh Anding Indrawani manakala Melissa Francis memegang watak Sawai, menjadikan pementasan ini antara yang paling dinanti-nantikan dalam festival tahun ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol. -UKAS

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Mahkamah Perancis jatuhkan hukuman dalam kes rompakan Kim Kardashian
Next: ‘It Was Just an Accident’ menang Palme d’Or

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.