Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pendidikan satu pelaburan penting masa depan masyarakat, negara
  • PENDIDIKAN

Pendidikan satu pelaburan penting masa depan masyarakat, negara

Utusan Sarawak 4 days ago

SUMBANGAN….Gung Chiu Kion selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan beg sekolah.

BINTANGOR: Pendidikan merupakan satu pelaburan penting demi masa depan masyarakat dan negara, tegas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, beliau sentiasa komited dalam menyokong bidang pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar, menerusi program bantuan sekolah kepada pelajar dan murid sekolah di sekitar Bintangor.

“Pendidikan adalah asas kemajuan sesebuah masyarakat. Kita mahu pastikan anak-anak di kawasan luar bandar tidak tercicir dan mendapat peluang yang sama seperti pelajar dan murid di bandar.

“Dengan bantuan ini, saya berharap mereka akan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau telah menyumbangkan beg sekolah kepada pelajar dan murid sekolah dari 12 sekolah, baru-baru ini.

“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan saya untuk memastikan pelajar dan murid luar bandar tidak tercicir dalam aspek pembelajaran disebabkan kekangan keperluan asas.

“Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan sekolah ibu bapa, terutamanya pada permulaan tahun akademik atau semasa pertukaran musim persekolahan,” katanya.

Tambahnya, hadir untuk mewakilinya menyerahkan sumbangan tersebut ialah Gung Chiu Kion.

“Sumbangan beg sekolah telah diserahkan kepada pelajar dan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tong Hua, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Chiew, SJKC Tong Hua, SJKC Yong Kwong, SJKC Nang Hua, SJKC Yong Cheng, SJKC Yong Kwong, SJKC Tung Kwong, SJKC Kai Sing, Sekolah Kebangsaan (SK) Tulai, SK Ulu Meradong dan SK Bukit Nibong,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Guru tonggak reformasi pendidikan, tekankan STEM dan TVET
Next: Scienceploration 2025 buka ruang kreativiti, inovasi STEM untuk pelajar Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.