Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lubok Antu terima suntikan dana pembangunan luar bandar
  • WILAYAH

Lubok Antu terima suntikan dana pembangunan luar bandar

Utusan Sarawak 16 hours ago
AHLI Parlimen, Roy Angau Gingkoi berucap pada Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Bangkong hari ini. Foto UKAS

ENGKILILI: Usaha memperkasa pembangunan luar bandar di Parlimen Lubok Antu terus diperkukuh dengan pengumuman peruntukan melebihi RM200,000 oleh Ahli Parlimen, Roy Angau Gingkoi sempena Program Segulai Sejalai Nuju Pemansang Menua Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Bangkong hari ini.

Roy menjelaskan, pemberian bantuan berkenaan disasarkan untuk memperkukuh prasarana, pentadbiran, serta peranan komuniti wanita di peringkat kampung.

“Peruntukan RM150,000 bagi pembinaan awning yang bakal memberi keselesaan kepada penduduk kampung terutamanya ketika menjalankan aktiviti kemasyarakatan,” katanya hari ini.

Katanya, sebanyak RM30,000 pula diperuntukkan untuk penyediaan kanopi yang akan digunakan bagi pelbagai program komuniti, sekali gus menyokong aktiviti sosial dan kebudayaan setempat.

Di samping itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Bangkong menerima RM20,000 untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan kampung, manakala RM8,000 diberikan kepada Biro Wanita sebagai galakan memperkasa peranan wanita dalam pembangunan kampung.

Peruntukan ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar, terus diberi perhatian.

“Pembangunan tidak hanya tertumpu kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga merangkumi aspek pengurusan, sosial dan peranan aktif komuniti dalam merancang masa depan mereka,” ujarnya.

Turut hadir dalam program berkenaan ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kua Jack Seng. –UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak Saribas disambut meriah, kerajaan komited perkasa luar bandar
Next: Agihan ‘penganan’ platform satukan masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.