Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Aplikasi MCMC Nexus fokus tingkat kualiti liputan, mutu perkhidmatan
  • TEKNOLOGI

Aplikasi MCMC Nexus fokus tingkat kualiti liputan, mutu perkhidmatan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENGARAH MCMC Cawangan Kuching, Ts Scott Kueh Sui Yek semasa Bengkel Latihan Penggunaan MCMC Nexus di pejabat MCMC di sini, pagi tadi. Foto Jabatan Penerangan Sarawak

KUCHING: Aplikasi MCMC Nexus yang dibangunkan khas untuk pengguna Android berfungsi sebagai alat untuk menguji kualiti perkhidmatan internet seperti kelajuan muat turun dan naik, serta pengalaman pengguna di lapangan.

Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Kuching, Ts Scott Kueh Sui Yek menjelaskan perkara tersebut semasa Bengkel Latihan Penggunaan MCMC Nexus di pejabat MCMC di sini, pagi tadi.

Beliau berkata, usaha ini juga membantu pihak MCMC mengumpulkan data secara sistematik bagi merancang pembangunan infrastruktur komunikasi secara lebih strategik, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

“Projek MCMC Nexus telah dibangunkan sebagai alat untuk memperkasakan orang awam bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang mereka langgani dan membolehkan penyedia perkhidmatan dan MCMC memantau secara proaktif kualiti perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Menurut Scott, terdapat empat fungsi utama aplikasi MCMC Nexus iaitu yang pertama, Ujian Kelajuan (Speed Test) bagi menentukan kadar penghantaran data rangakaian bagi metrik muat turun, muat naik dan kependaman (latency).

“Fungsi kedua, Ujian Pengalaman Data (Data Experience Test) untuk menilai kebolehcapaian data popular berdasarkan prestasi rangkaian.

“Manakala fungsi ketiga, Tinjauan Laluan (Route Survey) bagi melaksanakan ujian tersuai atau pra-tetap sepanjang laluan yang ditetapkan dan keempat, Tinjauan Dalam Bangunan (Building Survey) iaitu ujian khusus dalam bangunan, mengumpul maklumat prestasi rangkaian mengikut tingkat dan dipaparkan di atas pelan lantai,” ujarnya.

MCMC telah memulakan satu inisiatif penting melalui pelaksanaan Bengkel Latihan Penggunaan Aplikasi MCMC Nexus di peringkat Sarawak, bermula di zon selatan dan seterusnya ke zon tengah dan zon utara, sejajar dengan arahan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang telah menekankan kepentingan memperkasakan rakyat melalui teknologi dan aplikasi tempatan seperti MCMC Nexus.

Pihak MCMC menggesa semua pegawai dan anggota masyarakat untuk memuat turun aplikasi ini dan menjalankan ujian kelajuan secara berkala, khususnya semasa berada di lokasi program komuniti, bengkel atau ketika pulang ke kampung halaman.

Turut ditekankan dalam bengkel ini ialah keperluan memahami terma dan syarat dalam pakej telco, serta pentingnya data yang dikumpulkan digunakan untuk membuat keputusan dasar dan perancangan pemasangan menara di masa depan.

–Jabatan Penerangan Sarawak

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE, projek pusat data AI Stargate
Next: Penggunaan AI diperkasa, ‘sentuhan’ wartawan masih berbisa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.