Premier Sarawak dihargai atas sokongan kepada SMK Long Bedian

Facebook
WhatsApp

PETRA JAYA: Kejayaan membanggakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Bedian di pedalaman Telang Usan yang mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menjadi fokus utama kunjungan hormat rombongan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Telang Usan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau yang mengetuai rombongan itu, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri atas kelulusan dana khas yang telah membolehkan pihak sekolah menjalankan kelas tambahan dan program sokongan akademik.

“Dana yang diluluskan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari memberi impak besar, khususnya kepada pelajar luar bandar seperti di SMK Long Bedian.

“Tahun lalu merupakan kali pertama sekolah ini mengambil bahagian dalam peperiksaan SPM sejak penubuhannya lebih 10 tahun lalu, dan kesemua 43 calon, termasuk 24 daripada komuniti Penan, berjaya lulus,” katanya.

Dennis Ngau berkata demikian kepada media selepas kunjungan tersebut di pejabat Abang Johari di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam tadi.

Beliau turut berkongsi kisah inspirasi seorang pelajar yang kembali ke sekolah selepas sembilan tahun tercicir, menyertai Tingkatan Lima pada Mac 2023, dan berjaya lulus SPM pada akhir tahun yang sama.

“Kisah ini membuktikan bahawa anak-anak dari pedalaman memiliki kebijaksanaan dan potensi besar jika diberi peluang serta sokongan yang sewajarnya,” tambahnya.

Dalam pertemuan tersebut, KMKK Telang Usan turut mengemukakan cadangan pembangunan infrastruktur.

Ini termasuk keperluan menaik taraf jalan bekas laluan balak, serta menyerahkan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak untuk mengadakan lawatan kerja ke kawasan Baram.

“Pembangunan tidak pernah berhenti. Selagi ada keperluan, kita harus terus bersuara demi kebaikan rakyat di pedalaman,” tegas beliau.

UIAM cadang tubuh kampus di Sarawak

PETRA JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencadangkan penubuhan kampusnya di Sarawak sebagai langkah strategik untuk memperkukuh pembangunan modal insan bernilai

FTES bukti komitmen Sarawak perkasa pendidikan

DARO: Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap anak Sarawak yang berkelayakan berpeluang