Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Tender naik taraf Jalan SK Ulu Entaih dijangka dibuka suku ketiga
  • SEMASA

DUN: Tender naik taraf Jalan SK Ulu Entaih dijangka dibuka suku ketiga

Utusan Sarawak 8 hours ago
DATUK Aidel Lariwoo (GPS- Sadong Jaya) semasa menjawab pertanyaan Rolland Duat Jubin (GPS- Meluan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini. -Foto UKAS

PETRA JAYA: Projek naik taraf Jalan SK Ulu Entaih/Rumah Sang, Rantau Chire Ulu Entabai yang diluluskan di bawah Program Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) dijangka akan memasuki proses tender pada suku ketiga tahun ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Infrastruktur), Datuk Aidel Lariwoo memaklumkan perkara tersebut semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat Jubin pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Menurut beliau, projek tersebut kini berada di peringkat akhir penyediaan dokumen tender dan sedang melalui proses pengambilan balik tanah.

“Projek ini melibatkan naik taraf jalan sepanjang 14 kilometer mengikut spesifikasi Piawaian JKR R1 dengan pembinaan permukaan jalan berturap dan bahu jalan di kedua-dua belah,” jelasnya.

Tambah beliau, selain itu projek turut merangkumi penyelenggaraan dua jambatan pendek bertingkat sederhana dan penggantian tiga jambatan besi dengan pembetung (culvert).

Anggaran kos bagi pelaksanaan projek ini adalah sebanyak RM22 juta dengan had perbelanjaan sebanyak RM25 juta. 

Tapak projek telah diluluskan dan kini sedang dalam fasa reka bentuk.

“Projek dijangka siap untuk proses tender pada suku ketiga 2025, iaitu sekitar bulan September,” katanya.

Aidel menegaskan bahawa projek ini merupakan usaha berterusan kerajaan negeri untuk meningkatkan infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar demi memperkukuh jaringan pengangkutan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.

Oleh Amanda L. 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: 551 lesen industri gas dikeluarkan di Sarawak sejak pindaan DGO 2016
Next: DUN: Pelaburan tinggi, infrastruktur terhad halang pembangunan hidrogen di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.