Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TUBE 11 perkasa usahawan belia Bumiputera Sarawak dengan pendekatan baharu
  • SEMASA

TUBE 11 perkasa usahawan belia Bumiputera Sarawak dengan pendekatan baharu

Utusan Sarawak 22 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada majlis pelancaran rasmi TUBE 11 Wilayah Sarawak bagi Kumpulan Kedua Tahun 2025, hari ini. -Foto UKAS

KUCHING: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kembali untuk tahun ke-11 dengan pendekatan baharu yang memberi penekanan kepada kelangsungan perniagaan dan pemerkasaan ekosistem keusahawanan belia Bumiputera di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, TUBE 11 memberi tumpuan kepada peserta yang telah memulakan perniagaan, dengan sokongan tambahan dari segi modal, digitalisasi, serta prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

“Program TUBE bukan hanya mencipta usahawan, tetapi melahirkan pencipta pekerjaan.

“Sehingga kini, lebih 8,500 belia telah dilatih, mencipta lebih 15,800 pekerjaan dan menjana jualan terkumpul melebihi RM194 juta,” katanya ketika merasmikan Program TUBE 11 Wilayah Sarawak di Sarawak Sports Village, hari ini.

Seramai 60 anak muda Sarawak terpilih untuk menyertai program intensif selama lapan hari bermula 21 hingga 28 Mei 2025.

Sejak 2014, seramai 879 belia Sarawak telah menyertai TUBE, mencipta lebih 1,600 pekerjaan dan menjana jualan berjumlah RM13.65 juta.

Menurut beliau, minat peserta TUBE untuk menembusi pasaran antarabangsa juga menunjukkan potensi besar, dengan 3.5 peratus sudah mengeksport produk ke luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan agensi Persekutuan dalam memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), khususnya melalui pelbagai inisiatif SME Corp Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang bernilai lebih RM204.3 juta sejak 2021.

“Usahawan muda harus merebut peluang, bukan hanya untuk memulakan perniagaan, tetapi untuk berinovasi dan menembusi pasaran global,” tambahnya.

Majlis itu juga turut menyaksikan pelancaran rasmi TUBE 11 Wilayah Sarawak bagi Kumpulan Kedua Tahun 2025.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr. Ripin Lamat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Intergriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dato Sri Naroden Majais, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp.Malaysia, Rizal Dato Nainy dan tetamu yang lain.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SFC, SSL meterai perjanjian tingkat kemudahan di Taman Negara Niah, Tanjung Datu
Next: DUN: Jalan di Balingian perlu dinaik taraf tangani banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.