Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 65 murid Tadika SeDidik BDA sertai lawatan sambil belajar
  • PENDIDIKAN

65 murid Tadika SeDidik BDA sertai lawatan sambil belajar

Utusan Sarawak 17 hours ago
KANAK-KANAK Tadika SeDidik BDA bersama guru pengiring tiba di Perpustakaan Awam BDA bagi menyertai lawatan sambil belajar yang penuh dengan aktiviti menarik.

BINTULU: Seramai 65 murid-murid bersama empat guru pengiring dari Tadika SeDidik Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam BDA di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Perpustakaan Awam BDA, lawatan tersebut merupakan sesi terakhir bagi siri lawatan Zon Tadika SeDidik sekitar Bintulu yang telah berlangsung sejak minggu lepas.

RAKAM KENANGAN… Murid-murid Tadika SeDidik BDA merakam kenangan bersama staf perpustakaan selepas selesai mengikuti pelbagai aktiviti pembelajaran interaktif semasa lawatan ke Perpustakaan Awam BDA.

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pengenalan perpustakaan, aktiviti ‘ice breaking’, sesi bercerita serta aktiviti membaca bertujuan memberi pengalaman pembelajaran menyeronokkan kepada para murid,” katanya.

Tambah kenyataan itu, murid-murid turut didedahkan dengan perkhidmatan dan fasiliti yang ditawarkan perpustakaan dalam usaha menanam minat membaca sejak peringkat awal.

Pihak perpustakaan turut merakamkan penghargaan kepada semua Zon Tadika Sedidik yang telah berkunjung dalam siri lawatan berkenaan.

Lawatan seumpama itu bukan sahaja memperkenal budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak, malah menyokong usaha pendidikan awal yang inklusif dan menyeronokkan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Semakan kemasukan program matrikulasi sesi 2025/2026 bermula hari ini – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.