Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat daripada SIDC
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat daripada SIDC

Utusan Sarawak 2 days ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama delegasi SIDC di bilik menghadap Utama Astana Negeri, hari ini. -Foto JAPEN

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) di Astana Negeri, hari ini.

Delegasi SIDC yang tiba di Astana Negeri sekitar 10.30 pagi tadi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIDC, Profesor Madya Dr. Ivan Yap Kok.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan kepada Tun Wan Junaidi berkaitan perkembangan utama di SIDC seperti hala tuju strategik dan perancangan induk bagi pembangunan jangka panjang.

Selain itu, beliau turut dimaklumkan berkaitan kemajuan projek kerjasama antara SIDC bersama Murdoch University Ali Wallace Joint Research and Training Centre serta perkembangan Australia Awards Fellowships yang diberikan kepada SIDC.

Menurut Dr. Ivan Yap Kok ketika ditemui, kerjasama ini telah membantu SIDC berkembang maju ke tahap yang kebih ketara dari segi penyelidikan, terutamanya penyelidikan bioperubatan yang berkaitan dengan penyakit berjangkit dan juga kerja pengawasan serta analitik data.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Murdoch (Australia), Profesor Peter Eastwood serta Pengarah bersama Pejabat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Murdoch (Australia), Dr. Bong Sze How. -JAPEN

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Isu geran khas, tambahan kerusi Parlimen diberi tumpuan dalam tuntutan MA63
Next: ASEAN perlu tingkatkan perpaduan tangani bencana alam – Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.