Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PPMW5 rampas daging sejuk beku tanpa dokumen bernilai RM6.2 juta
  • JENAYAH

PPMW5 rampas daging sejuk beku tanpa dokumen bernilai RM6.2 juta

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMANGKU Komander PPMW5 Sarawak, Superintenden Rusdin Banin.

BINTULU: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sarawak merampas pelbagai jenis daging sejuk beku tanpa dokumen sah bernilai lebih RM6.2 juta dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sultan Iskandar di sini, baru-baru ini.

Pemangku Komander PPMW5 Sarawak, Superintenden Rusdin Banin berkata, serbuan dijalankan dalam Ops Taring Khazanah oleh sepasukan pegawai dan anggota pasukan itu.

“Pemeriksaan di premis berkenaan mendapati lokasi tersebut dijadikan tempat penyimpanan pelbagai jenis daging sejuk beku yang disyaki diimport dan dipercayai untuk dijual di pasaran tempatan tanpa dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, seorang lelaki tempatan yang disyaki pemilik premis ditahan bagi membantu siasatan.

Tangkapan dan rampasan dibuat di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 dan diserahkan kepada Jabatan Veterinar Bahagian Bintulu untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut tiga lagi akta iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan 2012) dan Akta Makanan 1983.

“Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 9(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut menggesa orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu membanteras jenayah seumpama itu.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM perkukuh usaha perangi rasuah melalui strategi rentas agensi – Azam Baki
Next: Ops Sabu, Ops Belanja tahan 64 warga asing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.