Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 99 peratus keluarga di Demak Laut terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

99 peratus keluarga di Demak Laut terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

NUR AIN OTSMAN

KUCHING: Sehingga semalam 99 peratus keluarga di kawasan Demak Laut telah menerima bantuan makanan sumbangan Kerajaan Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, urusan pengagihan Bantuan Makanan Sarawakku Sayang itu berjalan lancar di DUN berkenaan.

 “Sehingga semalam, sudah 99 peratus atau 5,873 keluarga menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang di kawasan DUN Demak Laut.

“Ini suatu pencapaian yang hebat buat penduduk di kawasan DUN Demak Laut khususnya Pusat Khidmat N 5 Demak Laut, PBB Cawangan N 5 Demak Laut, PBB Ranting, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

“Tidak semua kawasan DUN Demak Laut menggunakan jalan darat kerana masih ada pengagihan bantuan makanan ini dihantar menggunaka perahu dan motosikal seperti di Kampung Semilang, Kampung Beradek dan Kampung Tiang Api,” katanya.

Pada 7 dan 9 April lepas, seramai 559 keluarga di Kampung Tabuan Dani menerima Bantuan Makanan Sarawakku Sayang.

Mengulas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga, Dr Hazland yang juga Penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pesisir Kuching, Samarahan dan Lundu meminta masyarakat mematuhi arahan PKP demi kebaikan bersama.

“Setiap hari kita mendengar dan menyaksikan tangkapan dilakukan akibat melanggar PKP dan ini suatu yang sangat menyedihkan.

“PKP ini diadakan bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak pandemik Covid-19 dan atas sebab itu masyarakat diwajibkan duduk di rumah,” ujarnya.

PKP bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia malah seluruh dunia melaksanakannya bagi memastikan pandemik Covid-19 ini dapat diputuskan dan keadaan kembali seperti biasa.

Continue Reading

Previous: Dibenarkan kuarantin di rumah tanpa warga emas
Next: 83 KIR terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.