Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 982 pelajar sekolah rendah dapat tajaan perlindungan bernilai lebih RM21 juta
  • Utara
  • WILAYAH

982 pelajar sekolah rendah dapat tajaan perlindungan bernilai lebih RM21 juta

Utusan Sarawak 6 months ago
TAJAAN INSURAN… (Dari dua kiri) Hasbi, Sarinah dan tetamu lain pada simbolik penyerahan takaful perlindungan bagi murid sekolah rendah di Limbang. 

LIMBANG: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah telah menaja sebanyak lebih RM21 juta nilai perlindungan keseluruhan kepada 982 orang pelajar sekolah rendah di Limbang.

Ahli Parlimen Limbang itu malahan turut menaja sebanyak RM572,000 nilai perlindungan kepada 26 orang pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gadong Limbang.

Simbolik penyerahan takaful perlindungan bagi murid sekolah rendah di sini dilakukan pada program Hari Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  SK Gadong, baru-baru ini.

Hadir bersama ialah Pengurus Cawangan Agrobank Limbang Sarinah Nayan selaku institusi kewangan yang menyediakan pelan perlindungan takaful kemalangan yang dilaksanakan dalam tempoh satu tahun.

Tajaan untuk pelan perlindungan takaful kemalangan itu melibatkan murid di setiap sekolah untuk golongan B40 dan ke bawah dengan nilai RM10 setahun.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk perlu kemas kini perundangan berkaitan lintas sempadan
Next: Penduduk Taman Harmoni kini ada gelanggang futsal 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.