Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 98 ingkar PKP dihukum penjara
  • TEMPATAN

98 ingkar PKP dihukum penjara

Utusan Sarawak 5 years ago

SHEILA ZAIDI

KUCHING: Sejumlah 98 orang daripada 150 yang didakwa di mahkamah akibat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda sejak 18 Mac yang lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata seramai 125 orang daripada 150 telah mengaku bersalah semasa dibicarakan, 69 orang dijatuhkan hukuman penjara, 29 dipenjara serta denda sementara 14 lagi didenda.

“Namun demikian, didapati tujuh lagi suspek telah gagal hadir di mahkamah dan waran tangkap terhadap mereka telah dikeluarkan.

“Jumlah tangkapan keseluruhan sejak PKP dikuatkuasakan sehingga hari ini adalah seramai 312 orang dan daripada jumlah tersebut, 150 orang telah dituduh di makhkamah,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Aidi, Sibu merekodkan jumlah paling ramai dijatuhkan hukuman penjara iaitu seramai 31 orang dan kebanyakan mereka dihukum penjara untuk tempoh dua minggu ke tiga bulan.

Sementara itu, katanya, dalam tempoh 24 jam iaitu dari lapan pagi Selasa sehingga lapan pagi semalam, seramai 36 orang telah ditangkap kerana ingkar PKP di seluruh negeri.

Katanya, tangkapan dilihat berkurangan sedikit mungkin kerana orang ramai sudah takut kerana hukuman penjara telah dikenakan kepada mereka yang dituduh di mahkamah.

Jelasnya, peratusan pematuhan PKP di Sarawak sehingga semalam mencatatkan kadar 95.3 peratus.

Beliau berharap supaya anggota masyarakat akan terus memberikan kerjasama dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Continue Reading

Previous: Elak pembelian panik, bekalan makan mencukupi
Next: China sumbang penutup mulut dan hidung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.