Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 95 peratus kemalangan disebabkan kelalaian, kecuaian pemandu
  • Utara
  • WILAYAH

95 peratus kemalangan disebabkan kelalaian, kecuaian pemandu

Utusan Sarawak 2 months ago
PASANG…Dato Sri Lee Kim Shin membantu salah seorang penunggang motosikal memasang topi keledar baharu ketika kempen keselamatan jalan raya di Miri, hari ini.

MIRI: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merekodkan 95 peratus kemalangan yang berlaku di negeri ini adalah disebabkan kelalaian dan kecuaian pemandu itu sendiri.

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, ini menunjukkan bahawa tingkah laku pengguna jalan raya adalah faktor utama dalam kebanyakan kes kemalangan.

“Oleh itu, kita perlu mengambil pendekatan yang lebih berkesan dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya.

“Semua pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan, mengelakkan pemanduan secara berbahaya, dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 Bahagian Miri di sini, hari ini.

Kim Shin turut menggesa pemandu untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan bersabar dalam menghadapi kesesakan lalu lintas semasa musim perayaan.

Mengenai kempen itu, ia diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang musim perayaan, yang mana risiko kemalangansering meningkat.

Selain itu, mengingatkan pengguna jalan raya tentang kepentingan pemanduan berhemah, pematuhan undang-undang lalu lintas dan langkah keselamatan seperti penggunaan tali pinggang keledar serta pematuhan had laju.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Paras air Sungai Rajang meningkat
Next: Bomba guna perahu milik penduduk pindahkan sebuah keluarga ke rumah saudara berdekatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.