Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 92 warga SK Udin sertai latihan kebakaran bersama bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

92 warga SK Udin sertai latihan kebakaran bersama bomba

Utusan Sarawak 7 months ago

SARIKEI: Seramai 92 orang warga Sekolah Kebangsaan (SK) Udin menyertai latihan kebakaran pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, daripada jumlah tersebut, 72 orang adalah pelajar, 14 orang guru dan enam pembantu awam. 

“Latihan kebakaran di sekolah ini bermula pada 8.30 pagi. 

“Seramai lapan anggota pasukan Alpha BBP Sarikei hadir bagi mengendalikan latihan kebakaran ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, aktiviti-aktiviti yang turut diadakan adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, latihan penggunaan alat pemadam api dan latihan pengungsian bangunan. 

“Alhamdulillah, latihan kebakaran berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 

“Terima kasih kepada pihak sekolah kerana bekerjasama dengan pihak kami untuk mengadakan latihan kebakaran ini,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rela batal penerbangan, sambut rombongan 45 Paderi  
Next: Huang sumbang katil pesakit boleh laras kepada pesakit terlantar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.