Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 888,000 pekerja asing perlu disaring
  • NASIONAL

888,000 pekerja asing perlu disaring

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada sidang media khas pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pekerja Asing kali ke-2 di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada sidang media khas pada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pekerja Asing Ke-2 di Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) semalam. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 888,000 pekerja warga asing di enam kawasan berisiko tinggi perlu menjalani saringan Covid-19 yang dimulakan sejak Selasa lepas.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi fasa pertama sebanyak 100,000 Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) akan diedarkan ke kawasan berkenaan iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan.

“Bagi 48 jam pertama pelaksanaan saringan itu, 367 klinik swasta dan hospital swasta di kawasan terlibat telah mendaftar diri untuk program berkenaan.

“Pada tempoh sama, 19,975 RTK-Ag telah diedarkan untuk digunakan bagi saringan pekerja asing,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di sini semalam yang turut dihadiri Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan lebih banyak kit ujian saringan Covid-19 untuk digunakan dalam saringan berkenaan.

Bernama sebelum ini melaporkan KSM akan melaksanakan Program Saringan Covid-19 Bagi Pekerja Asing secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi, bermula Selasa lepas.

Turut dilaporkan bagi membolehkan program dijalankan secara komprehensif, saringan akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama klinik dan hospital swasta. – Bernama

Continue Reading

Previous: Penubuhan Majlis Presiden PN cadangan UMNO
Next: PM lancar Pelan Pembangunan Mampan Johor 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.