Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 885 peserta berjaya miliki lesen motosikal Kelas B2
  • Tengah
  • WILAYAH

885 peserta berjaya miliki lesen motosikal Kelas B2

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIMBOLIK penyerahan lesen memandu motosikal Kelas B2 dalam bentuk digital. Foto JPJ Sarikei

JULAU: Seramai 885 peserta program Bantuan Lesen Memandu (BLM) Kelas B2 berjaya memperoleh lesen memandu motosikal Kelas B2 yang diserahkan dalam bentuk digital menerusi aplikasi MyJPJ.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, program BLM merupakan antara inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pengangkutan Malaysia yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki lesen memandu secara sah.

“Program ini adalah salah satu inisiatif dan manifestasi kerajaan kepada golongan B40 atau golongan berpendapatan rendah mendapat peluang untuk memperolehi lesen memandu motosikal kelas B2 dan seterusnya supaya dapat membantu mereka meningkatkan taraf sosioekonomi. 

“Ia merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan pertama di kawasan Parlimen Julau pada 2024 yang telah memberi manfaat kepada seramai 1,176 peserta memperoleh lesen memandu motosikal Kelas B2,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di Stadium Tertutup Julau, semalam.

ANTARA peserta yang menerima lesen memandu motosikal Kelas B2. Foto JPJ Sarikei

Katanya, inisiatif tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluaskan akses kepada lesen memandu, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah.

Beliau berharap para penerima memanfaatkan kemudahan tersebut dengan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili mengingatkan semua penerima lesen supaya tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram kerana pihaknya tidak akan teragak-agak membatalkan lesen memandu mereka sekiranya didapati bersalah.

Katanya, kira-kira 80 peratus kemalangan maut di negara ini melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, dengan sebahagian besarnya berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya.

“Penunggang juga digalakkan menggunakan topi keledar yang mendapat kelulusan SIRIM kerana mampu memberikan perlindungan yang lebih baik walaupun harganya lebih tinggi berbanding topi keledar yang tidak diperakui.

“Pematuhan terhadap peraturan jalan raya serta penggunaan peralatan keselamatan yang memenuhi piawaian merupakan langkah penting dalam mengurangkan risiko kemalangan dan menyelamatkan nyawa,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ngiling Bidai lambang kesyukuran, perpaduan dan warisan budaya
Next: Isu parkir Rumah Thomas Palus selesai melalui Projek Transformasi Luar Bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.