Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 845 warga SK St Anne sertai latihan kebakaran
  • TEMPATAN
  • Tengah
  • WILAYAH

845 warga SK St Anne sertai latihan kebakaran

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa latihan kebakaran di SK St Anne. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 845 warga Sekolah Kebangsaan (SK) St Anne telah menyertai latihan kebakaran bersama pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut diadakan di SK St Anne, baru-baru ini.

“Latihan kebakaran ini melibatkan seramai 790 pelajar, 48 guru, tiga pekerja am dan empat pengawal keselamatan.

“Selain daripada latihan kebakaran, aktiviti yang turut dijalankan adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, demonstrasi alat pemadam api dan pemeriksaan menghapuskan bahaya kebakaran (MBK),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, program pihaknya bersama warga sekolah tersebut bermula 8.30 hingga 11.00 pagi.

“Bagi memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan lancar, seramai sembilan anggota bomba bertugas mengendalikannya.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: FGS 2024 mampu jadi platform martabat budaya Sarawak
Next: MSS perlu ketengah keunikan kebudayaan 34 suku kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.