KUCHING: Sebanyak 83 Ketua Isi Rumah (JIR) di Kampung Stampin Baru (Melayu) menerima bantuan makanan daripada Pejabat Residen Kuching, baru-baru ini.
Bantuan makanan itu terdiri daripada beras, minyak masak, gula, tepung dan biskut yang disampaikan oleh Penghulu Ismail dengan Siti Salbiah Udai kepada penduduk kampung.
Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makanan menghantar dari rumah ke rumah untuk menjaga jarak sosial.
Pengagihan bantuan makanan tersebut tidak mengumpulkan orang kampung secara beramai-ramai bagi mencegah timbulnya masalah yang berkaitan dengan Covid-19.
Siti Salbiah Udai mewakili penduduk Kampung Stampin Baru (Melayu) yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak.
“Ini adalah tindakan segera dengan memberikan bantuan makanan dan memahami kesukaran yang dihadapi oleh penduduk kampung kerana pandemik Covid-19 dan PKP seluruh negara,” kata beliau.